Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
1 Wahai kawanku,
Segeralah tunaikan solat di awal waktu. Dikala mendengar azan. Usahakanlah semampu terdaya. Ini membuktikan kesungguhan anda. Di situ ada sumber kejayaan. Di situ ada sumber pertolongan. Di situ ada sumber taufiq. Perhatikanlah banyak perintah ayat al-Quran. ...dimulakan dengan menyebut shalat di awalnya Perhatikanlah Allah mensyari'atkan shalat... Juga di medan perang. Walaupun... Di saat genting dan cemas.
2 Wahai kawanku,
Bacalah al-Quran dan coba memerhati pesannya. Selalulah berzikir dan cari ilmu walaupun sedikit. Kurangilah dengan masa yang tidak bertujuan. Sesungguhnya al-Quran adalah sumber asli lautan ilmu. Sumber hidayah kepada anda dan saya. Bacalah al-Quran, kelak ia memberi syafa'at. Seanntiasalah membaca, menghafal dan... Coba hayati pesan arahannya. Selalu berzikir, berzikir dan terus berzikir!!! Di sini ada ketenteraman. Di sini ada kedamaian. Di sini ada kesalaman Jadilah hamba yang sejahtera.
3 Wahai kawanku,
Dorongkanlah diri untuk menguasai Bahasa al-Quran. Mulakan dulu walaupun sepatah perkataan Sebenarnya anda telah lama bermula Yaitu sejak anda shalat setiap hari. Sebut dulu walaupun tak faham. Antara mala petaka pertama menimpa umat kita... Ialah kecuaian menguasai bahasa agamanya. Juga mengutamakan bahasa pasar, Ayuh !!! Apa tunggu lagi?????? Bukalah ruang walaupun semenit !!!
4 Wahai kawanku,
Usahlah bertarung idea tanpa adabnya!!! Berdebatlah jika kiranya berbuahkan kebaikan Awasilah pertengkaran Karena di sana ada unsur lain membisikkan? Syaitannnn namanya !!!
5 Wahai kawanku,
Senyumlah selalu tapi bersederhanalah dalam ketawa !!! Rasulullah s.a.w adalah yang paling banyak senyum. Beliau ketawa kena pada tempatnya.Tapi berpada-pada sahaja, wahai kawan ! Berharap agar pementasan hiburan... Yang tidak bermutu terlalu banyak ketawa bodoh. Begitu juga supaya golongan belia ditegah daripada menyaksikan hiburan-hiburan yang membolehkan perbuatan ketawa berlebih-lebihan. supaya tidak menular. Keburukan dalam diri!!!
6 Wahai kawanku,
Seriuslah selalu dan berguraulah berpatutan Tanpa serius, hilanglah kesungguhan !!! Tanpa bergurau, tawarlah kehidupan. Kata seorang penyair : Berikan kerehatan pada jiwamu. Yang sibuk dengan berfikir. Obati dengan bergurau. Tapi, kalau mengobatinya dengan bergurau. Mestilah dalam batas, seperti kau masukkan garam ke dalam gulai.
7 Wahai kawanku,
Kawallah nada suaramu Sekadar yang diperlukan oleh pendengar di depanmu Janganlah jadi seperti orang bodoh. Bahkan menyakiti hati orang lain pula!!! Luqman El-Hakim juga mencela orang yang tidak pandai menjaga nada suara pada tempatnya. Itulah katanya suara keledai!!! Surah al-Isra' memberi tip kepada kita... Jangan keraskan suaramu dalam shalat.Tapi jangan pula merendahkannya Carilah jalan tengah di antara keduanya.
8 Wahai kawanku,
Tak usahlah umpat mengumpat. Tak usahlah merendah-rendahkan jemaah lain. Bercakaplah jika ada unsur kebajikan. Ayuh!!! Hindarkanlah...mengumpat! Tidak sekali mencibir jemaah-jemaah lain!!! Perkatakanlah kebaikan demi kebajikan bersama. Sukakah anda memakan daging pasti anda suka!! Tapi sukakah anda memakan daging kawan anda yang telah mati?? Sekali-kali tidak!!! Begitulah dosa orang yang mengumpat. Bertaubatlah jika anda mengumpat Tapi mesti minta maaf terhadap orang umpatanmu. Bersama!!! Boleh mengumpat...apabila ada tujuan syar'ie. Untuk menuntut keadilan apabila dizalimi. Untuk menghapuskan kemungkaran. Karena memberi amaran kepada Muslim tentang kejahatan. Karena mengisyaratkan kefasikan dan kejahatan.
9 Wahai kawanku,
Luaskanlah interaksimu dengan umat manusia. Sekalipun mereka tidak diminta berbuat demikian!!! Salam kasih sayang adalah untuk semua. Salam kemesraan adalah untuk sejagat. Hulurkanlah, hulurkanlah salam perkenalan...! Lihatlah pensyari'atan ibadah haji. Pelbagai bangsa datang berkunjung!!! Pelbagai lapisan datang berkunjung!!! Pelbagai derajat datang berkunjung!!! Sama-sama menjunjung obor suci. Tidak mengenali tapi tak sepi.
10 Wahai kawanku,
Maksimumkanlah faedah waktu anda dan tolonglah orang lain supaya manfaatkan masa. Hadkanlah masa penunaiannya. Biasakan hidup berjadwal ke depan. Bijaksanakanlah menggunakan waktu anda! Bersegeralah, karena... Sabda Nabi SAW bermaksud : "Bertindak segeralah melakukan amal..." (Diulang 7 kali..) Sayanglah masa saudaramu!!! Hormatilah waktu mereka!!! Usahlah berbicara meleret-leret... Tanpa haluan dan noktahnya. WaLlahu a'lamu bishshawab.
*** Makassar, 25 Agustus 2002